Salam rindu dan teramat rindu buat anak-anak cikgu tersayang. Anak-anak cikgu daripada Kolej Sultan Abdul Hamid, SMK Pendang, SMK Air Puteh Dalam, SMK Agama Kedah, SMK Kubang Rotan dan Kolej Matrikulasi |Perlis. Terima kasih kerana pernah hadir dan mewarnai kehidupan cikgu pada suatu masa dulu. Tentu anak-anak telah berjaya meredah alam remaja, alam dewasa dan memiliki kebahagiaan tersendiri. Hati kecil cikgu amat yakin bahawa, anak-anak cikgu semuanya pandai membawa diri walau di mana berada dan sentiasa menjadikan budi pekerti mulia sebagai pakaian jasad dan jiwa. Pandai bersyukur kepada Allah atas rahmat yang diterima dan pandai menyatakan ucapan terima kasih kepada sesiapa saja yang menghulurkan bantuan. Anak-anak cikgu yang amat disayangi, usah terlupa kepada pesanan cikgu semasa kita berpisah diakhir pertemuan kita dulu, "jadilah diri kita sendiri dan jangan sekali-kali cuba menjadi diri orang lain". Cikgu masih di sini sebagai seorang guru.
No comments:
Post a Comment