Sunday, October 28, 2012


PART - 2

Semalam, tanggal 17 Mac 2012  bersamaan  24  Rabiulakhir 1433, Dewan KFA  Bandaraya  Alor  Setar menjadi tempat bersejarah di mana Leftenan Mohd Yassin bin Mohd Ibrahim segak  berpakaian  Tentera Laut DiRaja Malaysia sopan bersanding di sisi seorang gadis bergelar isteri.   Sungguh  cantik dan manis menantu  cikgu , Noorashikin  binti  Noordin.  Anak  Mam i Penang.  Terima  kasih   kepada  anakanda Noorashikin kerana sudi memilih untuk berkongsi kehidupan bersama anak cikgu  sebaga i teman hidup.  Terima  kasih  kepada  keluarga  di Alor  Setar  dan  di Pulau  Pinang  atas  kesudian  menguruskan perkahwinan  Yassin dan menyambut kehadiran Yassin dengan begitu terhormat sekali.  Juga tidak lupa, setinggi-tinggi  penghargaan dan  terima kasih  kepada  Maktab  Tenteta DiRaja Malaysia yang telah sudi mendidik Yassin sehingga ke penghujung remaja.

Alhamdullillah,  Markas Angkatan  Kapal Selam TLDM Kota  Kinabalu  adalah  destinasi pertama Yassin bertugas sebagai Pegawai Staf Senggaraan Kapal Selam berpangkat Lefternan.  Pandai-pandailah Yassin membawa diri.  Tempat baru itu  perantauan namanya.  Semasa remaja ditimang  cikgu, sudah  dewasa ditimang gelombang.  Biarlah Lefternan Mohd  Yassin sekarang  tetap  sama seperti  Yassin  yang cikgu kenal di Kolej Sultan Abdul Hamid  pada suatu  masa dulu.   Hiaskanlah wajah Yassin  dengan senyuman dan salutkanlah diri zahir dan batin  dengan budi  pekerti  mulia.  Jangan sekali-kali mengharapkan orang lain  memahami  maksud bicara hati kita, tetapi  biarkanlah kita sentiasa  berusaha  bersungguh-sungguh untuk  memahami  bicara  hati orang lain  kerana  anak  yatim piatu seperti kita sahaja yang benar-benar memahami erti sengsara dan penderitaan.

Lefternan  Mohd Yassin  bin  Mohd  Ibrahim, terima  kasih  atas kesudian kamu dan  adik  kamu  hadir sebagai  anak-anak  lelaki  cikgu.  Percayalah  bahawa kehadiran kamu   berdua   tidak  pernah  bersifat sementara dan  percayalah bahawa  kasih cikgu tiada  sempadannya walaupun coretan ini menjadi saksi tentang berakhirnya tugas seorang guru.

No comments:

Post a Comment