PART - 2
Semalam, tanggal 17 Mac 2012 bersamaan 24 Rabiulakhir 1433, Dewan KFA Bandaraya Alor Setar menjadi tempat bersejarah di mana Leftenan Mohd Yassin bin Mohd Ibrahim segak berpakaian Tentera Laut DiRaja Malaysia sopan bersanding di sisi seorang gadis bergelar isteri. Sungguh cantik dan manis menantu cikgu , Noorashikin binti Noordin. Anak Mam i Penang. Terima kasih kepada anakanda Noorashikin kerana sudi memilih untuk berkongsi kehidupan bersama anak cikgu sebaga i teman hidup. Terima kasih kepada keluarga di Alor Setar dan di Pulau Pinang atas kesudian menguruskan perkahwinan Yassin dan menyambut kehadiran Yassin dengan begitu terhormat sekali. Juga tidak lupa, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Maktab Tenteta DiRaja Malaysia yang telah sudi mendidik Yassin sehingga ke penghujung remaja.
Alhamdullillah, Markas Angkatan Kapal Selam TLDM Kota Kinabalu adalah destinasi pertama Yassin bertugas sebagai Pegawai Staf Senggaraan Kapal Selam berpangkat Lefternan. Pandai-pandailah Yassin membawa diri. Tempat baru itu perantauan namanya. Semasa remaja ditimang cikgu, sudah dewasa ditimang gelombang. Biarlah Lefternan Mohd Yassin sekarang tetap sama seperti Yassin yang cikgu kenal di Kolej Sultan Abdul Hamid pada suatu masa dulu. Hiaskanlah wajah Yassin dengan senyuman dan salutkanlah diri zahir dan batin dengan budi pekerti mulia. Jangan sekali-kali mengharapkan orang lain memahami maksud bicara hati kita, tetapi biarkanlah kita sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami bicara hati orang lain kerana anak yatim piatu seperti kita sahaja yang benar-benar memahami erti sengsara dan penderitaan.
Lefternan Mohd Yassin bin Mohd Ibrahim, terima kasih atas kesudian kamu dan adik kamu hadir sebagai anak-anak lelaki cikgu. Percayalah bahawa kehadiran kamu berdua tidak pernah bersifat sementara dan percayalah bahawa kasih cikgu tiada sempadannya walaupun coretan ini menjadi saksi tentang berakhirnya tugas seorang guru.